theme by iliyon
bleu-rian
Rintihan Lelaki
Friday, 10 May 2013 | 5/10/2013 | 3comments
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamuaalaikum! Annyeonghaseyo!

huh! #mengeluh dulu
hari ni tak sekolah so aq teringin nak update blog  pasal cerita aq...ahhaah! x pernah-pernah nak buat....bukan cerita aq tapi cerita orang....

aq terjumpa cerita nih masa aq melawat kembali orang yang melawat aq tuh.....dekat cbox dia just letak kan nama dia n.n...siapakah gelaran n.n nih...ahahh x kesah la dia nak letak nama apa pun....hak dia kan...so lepas tuh dh usya-usya blog dia terjumpa satu article dia buat.....baca tajuk pun dah menarik hati Rintihan Sahabat #1 : Lelaki itu dengan Insan bernama Perempuan sebab jarang sangat? aq dengar rintihan lelaki kerana perempuan...selalunya rinthan seorang perempuan dengan lelaki..... ceritanya dimulakan dengan.....


Assalamualaikum

Izinkan aku mencuri masa korang boleh? 

Pagi yang indah itu, aku pergi ke sekolah macam biasalah dan lebih awal sedikit.Seperti biasa, aku akan beli roti sardin gulung yang selalu aku beli kat kedai tu sambil aku makan atas moto.Sambil bawak moto.Hebat tak?Oh yeah. Aku tipu.Aku tak bawak moto tu.Aku duduk belakang. Memang aku suka bersarapan atas moto bagi memanfaatkan masa yang ada. Sedap gila weh!Angin sepoi-sepoi bahasa. Alhamdulillah.boleh lagi makan. (najihah,straight to the point jelah, tak perlu la mukaddimah pasal roti gulung sardin tu-hati mulai berbicara nasihat.Aku menjawab: Oh,okay baiklah)

Sebaik sahaja kaki aku menapak di dalam kelas,seperti biasa, aku akan menegur rakan-rakan yang ada.Mereka sedang buat carta.Oh, mereka masuk pertandingan buat carta rupanya.Aku? Goyang kaki lah. Tiba-tiba,seorang lelaki panggil aku.

Dia : Najihah!! (oh, sungguh indah nama itu.Alhamdulillah.)*Aku tengok dia*

Aku : Apa?

Dia : Aku rasa nak nangis pun ada.Tapi gitulah.Tak keluar air mata ni. (lebih kurang macam ni lah  dia cakap.Aku lupa)

Aku : Bakpe ? *dia mai ke arahku*

 Dia: Tak sangka kawan baik boleh buat cenggitu ke aku.

Aku : Siapa? *otak susah nak cerna*

Dia: tulah.

Aku : siapa? Aaron Aziz ke? *otak gagal mentafsir*

Dia : Ya ALLAH ,kawan baik aku lah, Z!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! *aku dalam hati: Ya ALLAH macam mana boleh lupa dia berkawan baik Z. bengapnya otak ni*

Aku : Kenapa weh?

Dia : dia tikam aku dari belakang. Dia couple dengan kekasih aku,X!

Aku : hah? Ye ke? *tak percaya*

Aku dengar kisah dia.Ada kekecewaan yang dia cuba sampaikan. Daripada cerita dia, dia sayangkan kekasihnya, Si X. Tapi sayang , X tetap pilih Z .X gagal membuat penilaian.

Dalam hati aku : "nilah penangan cinta. Sampai boleh jadi 'buta' ". 

Eh! Betulkan keadaan. Jangan salahkan cinta. CINTA TAK SALAH. yang salah kita.Tak pandai uruskan fitrah hati ini dengan sebaik mungkin. Bukankah cinta itu anugerah daripada ALLAH? Allah berikan kita cinta untuk diurus. Apakah kita uruskan cinta ini dengan baik?

Ala. macam Izzah cakap dekat Mila dalam ongbak ringdu tu

Cinta tak kejam. Tapi manusia yang tak pandai  menghargai cinta. (ada kaitan tak?)

Aku setia mendengar ceritanya.Aku lebih banyak mendengar daripada bercakap. Aku dengar dan dengar. Sehinggalah aku tersentap pada ceritanya yang ini.

Dia: Tahu tak Z cakap apa ? Dia cakap dia pilih X. Dari pertama kali dia tengok gambar X, dia dah rasa dia sayangkan X.
Aku : hah ? (dalam hati, bodohnya.sanggup pentingkan X daripada kawan baik dia sendiri. !)

Tanpa segan silu, Z berani memberitahu semua perasaan yang dia ada untuk X kepada dia.Aku pun tumpang sedih.Aku rasa nak nangis sebab Z pilih perempuan daripada PERSAHABATAN!!!!!!!.Dah la dia tu sakit.Sanggup Z buat macam ni.Tak jaga dah hati sahabat baik! Tak tahukah Z nilai persahabatan? Bertahun-tahun berkawan dan berjiran, Z memilih insan itu.Sungguh aku tak paham!

Aku salute la dengan dia. Dia cakap kat aku

"AKU TAKKAN AIBKAN Z. "

Dalam keadaan macam ini, dia masih pentingkan Z. Ish , kalo aku ! memang la nak kena. Geram weh.K .sabar.

Aku : Kalau pape jadi lepas ni, mung nak bagi dia peluang lagi? *menduga*

Dia : Hati aku masih terbuka.Untuk bagi dia peluang? Mungkin tidak. (lebih kurang macam ni dia jawab soalan aku)

Dia sedih.

Jarang sekali aku melihat lelaki sedih sebab cinta. Tapi ingat, jika kita tak uruskan cinta dengan baik,kita akan merasa peritnya, pedihnya sampai kita lupa pada CINTA YANG SEBENARNYA iaitu ALLAH. Awas!

Duhai sahabat,

 Hanya kupinta, carilah perempuan yang lebih baik daripada itu.Lepaskan dia! Kau layak untuk dapat yang  lebih baik.Tapi mencarinya bukan sekarang.Nanti, tiba masanya kau sunting wanita itu untuk menjadi yang halal untukmu.Aku melihat, walaupun aku tak pernah merasa. Aku mendengar walaupun aku sendiri tidak mengalaminya.Bagiku, pengalaman orang lain sentiasa menjadi pengajaran buat diri ini. Aku pernah melihat, mereka kecundang dalam cinta itu, aku mendengar kisah-kisah mereka yang hanyut mencari cinta itu.Dan ada juga yang tenggelam.Dengarlah sahabat, jangan kau dekati mana-mana mawar berduri.Takut-takut jika durinya hilang, kehormatannya melayang.Persiapkan dirimu untuk menjadi lelaki terbaik di mata ALLAH  dahulu.In syaa ALLAH ,terbaik di hati wanita.Aku yakin engkau mengerti.
"

Kalaulah aku dapat cakap dekat dia macam ni kan best. Tapi bila aku nak katakan sesuatu,mesti rasa diri ni tak layak je.Entah.Iman masih belum cukup kuat kot nak sampai pesanan kat atas tu.Mampu sampaikan dengan penulisan je.Dia pun tak tauh blog aku.Kesian T_T.

The same thing terjadi pada seorang kawan aku ni.Pasal perempuan jugak!  Dia duk tanya aku pasal perempuan.

Mamat : Perempuan kalo marah memang lama ea?
Aku : lama ah.Kau cakap je pape masa dia tengah baran, memang tak masuk apa-apa pun.Tunggu dia sejuk, baru la boleh slow talk. *hidung aku macam dapat hidu je dia ada masalah. Mana tak nya, asyik bermuram je.Geram gak aku*

Pastu , dia duk cerita pasal masalah makwe dia pulak.HAAA..kan dah kata.Dia tak seberapa baik dengan makwe dia.Gaduh la.Macam-macam orang tengah bercinta ni. Keluarga makwe dia tak suka la , bla bla bla.Keluarga dia ingat dia tu gini la gitu la etc etc etc.

First aku cakap kat dia. (MEMANDANGKAN DIA SEEMED SO STRESS dengan cinta!)

i. INGAT ALLAH.
ii.  BE POSITIVE.

Aku ada cakap lagi kat dia. Tapi aku tak ingat sebab aku tengah buat keje. Seriously, mamat tu macam stress gila dalam kelas. Muram dan hidup dia penuh dengan kesedihan lah pokoknya.Kesedihan boleh diurus okay. Tak syok la hidup kalo nak sedih memanjang,man. Uruskan kesedihan itu dengan banyakkan zikrullah. Dekatkan diri dengan Allah.Seriously,Allah bagi kita ujian sebab Dia rindu nak dengar rintihan kita! SubhanaALLAH.

"Kadang-kadang terlalu banyak masalah yang menimpa disebabkan oleh rapuhnya hubungan kita dengan Allah" 


p/s : nasihat diatas ditujukan untuk diri sendiri jugak okay ! Aku pun dalam proses nak jadi positif.Bukan perkara mudah!

p/p/s:  Kekadang untuk mendidik hati menjadi kuat,kita kena banyak bagi nasihat kat orang. In syaa ALLAH.berkesan!

p/p/p/s : Kepada kawan-kawan yang tahu cerita ni ,aku mintak maaf kalo aku tersilap cerita ke apa.Ni lah yang aku dengar dari mulut dia. Perbetulkan kalo aku salah!

Assalamualaikum. 

Pen Off,
Najihah


#Aku di situ ialah n.n iaitu Nur Najihah Abdul Malek - Najihah nak panggil akak ke apa ya...ehheh
#sori Najihah saya copy and paste saja article awak... 
#bagi aq Najihah nih macam doktor cinta! 

CREDIT - Nur Najihah Abdul Malek