theme by iliyon
bleu-rian
Halal Kimchi Recipe
Saturday, 22 March 2014 | 3/22/2014 | 0comments
----------------------------------------------------------------------------------------------------
so today we gonna make KIMCHI!!!!!!~~


bahan - bahan :
  • kubis cina  (aku guna 1/2 ja harap maklum)
  • carrot @ lobak merah (kalau ikut korean diorang guna lobak putih. ada yang cakap tak sedap letak lobak putih)
  • bawang besar (aku guna 1 biji ja sebab aku buat 1/2 ja kubis tu tapi kalau nak letak lebih bawang pon xpa)
  • halia (sebesar ibu jari korang)
  • kucai (yang orang buat cucur udang tuh)
  • pes cili korea (tapi aku tak guna pon pes nih sebab mahal kot dekat kedai dan susah nak dapat kalau orang yang tak tahu so boleh ja guna SERBUK CILI - aku guna jenama baba's)
  • chilli flakes (serbuk cili kasar aku beli kat tesco. ada yang guna korean chilli flakes)
  • cuka (lebih kurang satu sudu)
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya 

basuh kubis tuh pastu letak garam dan gula sikit...letak lah banyak mana pun...then biar dalam peti ais selam 4 jam dan keatas (proses nih penting kalau tak biar selam 4 jam rasa lain macam bila dah siap)

seterusnya, kita nak buat pes cili tuh....potong bawang dengan halia....

potong carrot memanjang macam ni...jangan lupa kucai pon potong sama panjang dengan carrot 

bawang dengan halia tadi kita tumbuk sampai lumat pastu letak serbuk cili....letak banyak pun tak pa biar nampak merah! letak garam,gula dan serbuk perasa

 letak semua carrot dengan kucai yang dipotong tadi sekaligus dengan cuka dan sedikit chilli flakes

gaul!!!! 

letak paste tadi dalam bekas...biar dalam peti ais selama 4 jam dan keatas...........lepas 4 jam gaul paste nih dengan sayur sampai sebati dan tambahkan chilli flakes lagi dan sedikit cuka~

letak sayur dalam bekas kedap udara dan boleh la fermented sehari pon memadai...atau boleh makan terus!


ada setengah orang buat porridge @ kimchi paste guna tepung ubi kot tak salah aku tapi aku dah biasa guna resepi ni......tak tahula rasa dia sedap ke tak tapi kawan-kawan aku semua cakap sedap....aq pon rasa sedap tambah-tambah kalau makan dengan maggie! so setiap orang lidah dia rasa lain-lain bukan semua sama...


pfft! LOL btw best cerita yang dia berlakon pagi tadi dekat ntv7 lupa dah tajuk dia kowloon kowloon apa tah~ ala-ala detective conan sikit!

ada yamada, wuchun campur pelakon cina taiwan korea!