theme by iliyon
bleu-rian
Spagetti Seafood Goreng
Wednesday, 28 January 2015 | 1/28/2015 | 0comments
----------------------------------------------------------------------------------------------------
im now obsessed with this cute story Pinocchio! ep 11 memang sedih sangat-sangat!!~memandangkan aku tak da astro, aku download kat dramanice

Assalamualaikum!
aku tak tau nak update pasal apa dekat blog ni so start dari sekarang aku akan update resepi InsyAllah~ kalau ikutkan aku la kan aku nak buat tak tau ja kat blog ni...tapi hati kecil aku nih kesian tengok blog nih dah berkarat dah~ nak bagi hidup aku selalu tukar skin...hah~~~~ dah malas dah nak tukar hohoh

STRAIGHT TO THE POINT

sejujurnya aku buat ni time rumah aku tak ada apa nak makan hoho

bahan - bahan

minyak masak/minyak zaitun
garam/perasa secukupnya (aku guna Maggie Cukup Rasa) 

SEAFOOD (isi ayam, sotong dan udang) - boleh digantikan dengan seafood lain juga

bawang merah, cili merah/hijau@cili benggala - dicincang halus
 daun sup+daun bawang/parsli/daun ketumbar - dicincang halus
daun sayur bayam (daun ja batang tak payah)

chili flakes ataupun serbuk cili kasar - boleh cari kat tesco kat bahagian rempah/herba 
(aku ambik yang jenama tesco punya)

spagetti - ikut suka la nak guna spagetti angel hair ke fettucine ke spiral ke..
ikut citarasa anda

Cara - cara

1. Didihkan air dalam periuk. Apabila air sudah mendidih masukkan spagetti dan juga minyak. Masak spagetti hingga lembut dan kenyal

2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng. Tumiskan bawang dan juga cili

3. Bila dah naik bau masukkan seafood. Goreng seafood tu sampai masak

4.Lepas tu masukkan daun sayur bayam. Biarkan beberapa saat

5. Masukkan spagetti yang dah masak awal-awal tadi tu. Goreng sebentar

6. Masukkan garam/perasa, chili flakes dan daun sup+daun bawang. (kalau tak berapa suka pedas jangan letak banyak tapi chili flakes nih tak pedas)

7. Kacau rata beberapa minit.

8. SIAP untuk dihidangkan.

ni dia LIVE dari dalam kuali